
|
Double Hello :D ![]() ![]() Walking Talking ![]() Can I be your Friend . See you at chatbox. No Harsh words allowed here.tweet here ! :* ![]()
| Cinta Kontrak
Cinta Kontrak Nurul Ain Syuhada Bab 1 :D AKU hanya manusia biasa , yang lahir daripada keluarga miskin . Bapaku seorang nelayan yang bernama Zulkifli . Manakala ibu , hanyalah suri rumah yang mengambil upah membasuh pakaian penduduk kampung . Ala ... macam dobi la katakan . Nama ibuku , Nur Aisyah . Aku mempunyai seorang adik lelaki yang sangat nakal . Tetapi aku tahu , hati dia sangat baik . Namanya Zariff Iskandar . Aku sering memanggilnya nasi kandar ! Adik perempuanku yang bongsu sangat comel . Namanya Nur Alina Antasya . Aku jga mempunyai seorang kakak yang bernama Nur Alisyah . Perangainya sebijik macam singa betina . Garang nak mampus ! Aku lpa untuk memberitahu namaku .... aku .... Nur Alia Airysha . 21 FEBRUARI 2009 ''Alia , tolong ibu kejap !'' Nyaring suara ibuku memanggilku . Baru aje orang nak belajar buat diari . Kacau la ibu ni . Umur aku baru sembilan belas tahun . Tetapi aku tidak dapat lanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana kesempitan hidup . Bukan sebb aku tak pandai tau ! Result aku semua flying colours tau ! ''Tolong apa , bu ? Along mna ?'' Soalku ''Along pergi tolong ayah kat laut . Yang awak tu , terperangkap dalam bilik buat apa ? Ni , tolong ibu cuci pinggan yang berlonggok dalam singki tu . Jadi anak dara , kna la rjin sikit . Ni , terperap aje dalam bilik,'' seloroh ibu . ''Lia baru nak belajar tulis diari la .'' Aku menarik muncung panjang . Kakiku pantas bergerak menuju ke singki. Lantas aku menyentengkan lengan bajuku dan memulakan 'operasi pinggan kotor'. Ibu menggeleng kepala melihat gelagatku . Aku seorang yang ceria . Walaupun banyak musibah yang menimpa keluargaku , tetapi aku tetap ceria dan senyum sepanjang hari . Biarpun niat di hati ingin marah , tetapi aku tetap akan senyum . Mungkin sebab itu adik-adikku amat rapat dengan aku berbanding along . Tiba-tiba aku mendengar dekahan ketawa yang keluar dari bibir Zariff . Aku tertanya-tanya , apa layang eklakar sangat sangat buat si Zariff . Ibu melihat Zariff berlari masuk ke dapur . Sisa tawanya masih tidak habis . Aku menggeleng . '' Apesal dengan alang ni ? Ketawa macam hantu aje ,'' usikku . BERSAMBUNG ... |